BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, November 17, 2009

Cikgu-cikgu hebat



Foto di atas tidaklah membayangkan bahawa guru wanita di SS19 tidak hebat, golongan hawa ini lebih hebat malahan kejadian seorang perempuan itu juga benar2 hebat. Masyaallah. Kita bermula dari kiri ke kanan. En. Ahmad Atiqi digelar bapak facebook kerana pengetahuan dan penggunaan yg meluas terhadap facebook. Statistik pada 16 November 2009 oleh pihak facebook yg berpusat di California menunjukkan bahawa 75% pengguna facebook adalah di luar U.S. dan 5% adalah dari Malaysia dan yg hebatnya cikgu Atiqi menguasai sebanyak 89.0987% penggunaan facebook di kalangan rakyat Malaysia. Wowwwwwwww!!!!!!!
Disebelah Atiqi merupakan seorang yang paling tidak hebat di sekolah ini.Namanya sekalipun tidak hebat jika dipamerkan. Beliau hanya melukut ditepi gantang. Ada tidak menambah, tiada tidak mengurangi. Kita lupakan beliau.
En. Azizul, nama besar yang dikenali ramai serata dunia. Cikgu pakar dalam BM dan Matematik, mampu mengajar 2000 jam tanpa henti walau di perhentian bas sekalipun.Pengacara Majlis yg sangat hebat, majlis pengebumian yg sepatutnya sedih pasti jadi sangat meriah dan gilang-gemilang jika diacarakan oleh manusia hebat ini.
Sharul Nizam pakar dalam bidang perkomputeran, cakap sahaja sebarang masalah mengenai komputer pasti diselesaikan secepat kilat, komputer sendiri pun tidak mampu mengatasi kehebatan komputer (otak) beliau. Sepanjang hidupnya telah merepair 9.8 juta buah komputer dan bakal bertambah lagi. sesiapa yg belum mempunyai pc bolehlah mendapatkan pandangan dari beliau ataupun minta beliau buatkan sebuah pc khas untuk anda.
En. Mustaffal adalah storan data bergerak. Segala data penduduk SS19 hatta penjual bunga melur sekalipun ada dalam simpanan beliau. Tarikh lahir, tarikh akhil baligh, tarikh nikah, bilangan anak, bilangan pokok bunga orkid juga dalam data beliau. Bilangan patah perkataan dalam posting ini juga terdapat dalam data beliau.
Ketua Polis SK SS19 iaitu En. Halim mampu bertutur dalam 300 bahasa penduduk Bumi ini. Pakar dalam permainan Bola Baling dan membaling anjing kurap yg melintas di depan rumah agam beliau di SS19.
Berasal dari negara matahari terbit pakar dalam bidang fotografi dan pernah menganggotai kumpulan Fotograf. Baru sahaja memiliki kamera DSLR Nikon D90 yang amat canggih.Mampu mengambil gambar disebarang sudut sukar seperti di celahan letusan lava gunung berapi. Rancangan Time Warp di Discovery Channel sebenarnya meminjam kamera beliau untuk merakam gambar objek yang seterusnya diperlahankan hingga 4000 frame per second. Memiliki kereta yang amat laju Nissan Grand Livina Impul. Inilah En. Azley Suhairey Bin Ahmad Suhaimi.
Ustad Padhlie juga orang hebat di SS19 ini. Mampu bertutur dan mengarang puisi Arab yang sangat tinggi kualitinya. Bendahari PIBG terhebat pernah dimiliki oleh sekolah kami. Juga pakar dalam bidang komputer setanding En. Sharul.
En. Fauzi orang paling kuat di SS19, Pakar dalam subjek BM dan jurulatih Pusat Kokurikulum negeri yang beroperasi di Kem Tekali. Pernah ditawarkan sebagai jurulatih Utama di Kem Delta 1 di Guantanamo Bay.
En. Malik tiada dalam gambar adalah pakar dalam Yahoo Messenger, ketika gambar diambil beliau sedang YM dengan saudaranya di Huambo Angola.

0 comments: