BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, July 31, 2009

Lawatan ke Pusat Sains Negara

Manusia terbaru di muka bumi



En Faizal kini bergelar seorang bapa untuk selama-lamanya. Hadiah khas dari kami semua warga ppkiskss19sj disampaikan oleh Pn. Rosidah (P.K. PPKI).Selamat datng ke dunai yang penuh cabaran dan dugaan ini. Faizal hang jangan suka sangat, tanggungjawab besaq hang tau! Jadilah seorang ayah mithali macam cikgu Sharul kita yang hebat tu.

Thursday, July 30, 2009

Driver bas



Memang seronok pi Pusat Sains Negara, tapi lagi seronok dan adventure masa dalam bas ke sana. Driver bas kami memang sangat berpengalaman, paling kurang pun 200 tahun pengalaman memandu.

Friday, July 24, 2009

Guru bertukar

video

Pn Noranizah Bt Abu Samah bakal meninggalkan kita dan bertukar sekolah ke Negeri Sembilan. Walaupun Pn Noranizah tidak mengajar di kelas Pendidikan Khas namun keprihatinan, sokongan dan bantuan beliau terhadap kami amat besar ertinya bagi kami. Moga beliau bahagia di sekolah baru bersama cabaran baru.

Rukun Islam & Rukun Iman

video

Ingat tak Rukun Islam dan Rukun Iman? Kalau tak berapa ingat Nadhirah Hani dapat membantu mengembalikan ingatan.

Bola Sepak Mini Olimpik





Pihak sekolah dengan beraninya menghantar satu pasukan bola sepak bawah 10 tahun untuk memberi cabaran kepada pasukan sekolah lain di kejohanan bola sepak mini olimpik di Sek. Keb. Seksyen 20 Shah Alam pada 22 Julai 2009. Pasukan sekolah dilatih khas oleh anak buah Alex Ferguson (Atiqi). Walaupun pasukan kita tidak mampu menandingi pencapaian tahun lepas selaku naib juara namun ternyata pasukan sekolah lain sangat gentar dengan semangat juang dan cabaran dari pemain kita.

Mesyuarat Pendidikan Khas



Mesyuarat kelas khas telah diadakan pada hari Selasa (21 Julai 09) yang lalu. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Pn Rosidah ini membincangkan tentang pelbagai perkara penting seperti majlis sambutan harijadi yang bakal diadakan di Shah Alam, lawatan ke Pusat Sains dll termasuklah majlis perkahwinan Cikgu Atiqi yang mungkinkah jadi realiti.

Tuesday, July 21, 2009

Toaster ajaib





Aduuh sedapnya roti bakaq tu! Murid2 diajar cara-cara menyapu mentega pada permukaan roti dan kemudian membakarnya menggunakan pembakar roti berprestasi tinggi jenama meck. Alat pembakar roti ini tidak menggunakan tenaga elektrik sebaliknya memerlukan sedikit jampi dan mantera dari tuannya iaitu cik Aziah.

Ong Xao Min dan bola sepak





Latihan bola sepak pasukan sekolah untuk kejohanan mini olimpik turut disertai oleh murid kami. jangan salah sangka, murid kami tidak mengganggu latihan malahan bermain bersama dan berjaya menjaringkan gol dari sudut yang amat sukar dan tidak dapat diterima akal.Ong Xao Min mungkin bakal pengganti Park Ji Sung suatu hari nanti.

Saturday, July 18, 2009

Hari Rabu yang menakutkan






Setiap hari Rabu 3/4 dari murid kami akan mengikuti latihan renang di Kompleks 3K Subang Jaya. Guru-guru sentiasa merancang aktiviti untuk murid yang tidak mengikuti aktiviti renang, antaranya aktiviti mandi dan main air, membuat sandwic dan membancuh air. Minggu depan kita nak buat apa pulak?

Thursday, July 16, 2009

Lompatan hebat murid istimewa




Bilakah pertama kali kita melompat? Mungkin sejak umur 2 atau 3 tahun. Sangat mudah melakukan suatu lompatan. Lain ceritanya bagi sesetengah murid istimewa, ada yang mengambil masa yang lama untuk melompat malahan ada yang langsung tidak berjaya untuk melompat.
Shaun Gooi Hsien memerlukan 900 saat untuk mengumpul keyakinan dan memenuhkan asid laktik di otot kakinya untuk suatu lompatan pada ketinggian 30.089cm dari permukaan bumi melepasi tali yang diregangkan dengan daya sebanyak 89N.
Tarikan graviti 6.67 X 10 NmKg tidak mampu menghalang lompatan Shaun. Pendaratan Shaun yang berat badannya 45.65Kg menghasilkan inersia dan geseran pada tapak kasutnya yang menyebabkan kehilangan sebanyak 0.00098765mm tapak kasutnya. Jika Shaun melompat sebanyak 9548954.051 kali maka keseluruhan tapak kasutnya akan haus dan mengakibatkan ibunya membeli kasut sekolah yang baru. Teruskan melompat, semoga dapat kasut sekolah baru.

Wednesday, July 15, 2009

Murid rajin



farhana murid kelas 3 memang gemar basuh pinggan, sudu, garfu, mangkuk dan segala benda yang ada di dalam kelasnya. PPM dan Guru2 pun dibasuhnya.

Pakai kasut



Inilah yang dikatakan murid istimewa. Bagi kita semua, menyarungkan kasut ke kaki adalah antara perkara paling mudah untuk dilakukan. Pejam mata pu boleh pakai kasut. tetapi bagi sesetengah murid-murid istimewa, ini antara perkara yang sukar untuk dilakukan. Kasut terbalik kiri dan kanan adalah perkara biasa yang dapat dilihat dikalangan mereka. Kedua-dua belah kasut adalah kiri atau kanan juga pernah dialami oleh mereka.

Tuesday, July 14, 2009

M U fan



Peminat MU bukan sahaja dikalangan oarng biasa. Murid istimewa pun minat jugak kat MU ni.Wasee walaupun tak suka main bola tapi tak sangka termakan hasutan cikgu atiqi yang gilakan MU tu.

Monday, July 13, 2009

Nadhirah Hani



Awek pujaan ramai di PPKI kami.Setakat ni tak dak sapa berani ngorat sebab mak angkatnya sangat garang (Cikgu Hawa).

Anak angkat cikgu Malik



Cikgu Malik dan anak angkatnya Waseemakram. Sempat posing lagi dua beranak ni on the way pi kebun tanam cili.

Sunday, July 12, 2009

Murid-murid Pend. Khas S.K. SS19 Subang Jaya

video

Friday, July 10, 2009

Permainan dalaman



Budak2 ni memang suka permainan dalaman. Jishnu tenang main wiss toy walaupun ada pergaduhan besar antara ultraman dan raksasa

Yeyek dan atiqi




Cikgu atiqi ni mmg jenis orang yang tolak teknologi. Orang dah pakai handset tapi dia pakai telefon cawan polisterin lagi. Menangis kalau alexander graham bell tengok.

Siram pokok



arief terduduk, Xao Min terkencing kerana bersusah payah menyiram pokok di kebun kelas khas yang seluas 3000 ekar ini.

Kebun Kelas Khas




walaupun murid dan cikgu kelas khas ni ramai tapi hanya seorang cikgu dan seorang murid sahaja yang mampu mengusahakan kebun ini.

Wednesday, July 8, 2009

Lafaz Rukunegara

video

Budak kelas khas pun hafal Rukunegara.

Hebatnya cikgu



Bukan senang jadi cikgu kelas khas, macam2 kerenah budak2 ni. Hebat cikgu Malik mampu mendukung Waseemakram atlet sumo kelas khas dari circuit training ke bilik darjah yang jaraknya kira-kira 3km pada halaju satu meter sesaat.

Makan time



Masa makan adalah waktu yang diidam-idamkan oleh semua murid. Kelihatan Nadhirah Hani sedang menjamah nasi lemak special yang didatangkan khas untuknya pada setiap hari Rabu sahaja.

Kawan dunia akhirat



Kawan baik dunia akhirat. Wasee dan Xao Min

Tuesday, July 7, 2009

Senaman pagi dan PJ



Setiap pagi Selasa hingga Khamis bermula 8.00 - 8.30 pagi murid2 akan berkumpul di circuit training Sek. Keb. SS19 Subang Jaya untuk:
1. Nyanyian lagu Negaraku.
2. Bacaan doa.
3. Lafaz ikrar.
4. Senaman pagi.
5. Pendidikan Jasmani.

Senaman pagi



Kawan2 sibuk bersenam Fikri sempat posing lagi. Bila mau kurus kalau macam ni adik Fikri?

Rukunegara



Lafaz ikrar oleh Eric Soon Teck Heng dan Muhamad Arif

Monday, July 6, 2009

Waktu pulang



Beratur dan bersedia untuk meninggalkan sekolah dan pulang ke rumah. Barisan yang sempurna memang sentiasa diimpikan oleh para guru dan ppm kami namun hingga hari ini segalanya tampak mustahil.

Waktu rehat



Setiap kali keluar rehat (10.00am), murid2 akan beratur dalam dua barisan untuk bergerak ke tempat makan. Memang mustahil untuk mendapatkan barisan yang sempurna dan teratur, inilah cabaran mengajar murid2 pendidikan khas. Di akhirat nanti mereka akan melalui titian siratulmustaqim dengan lurus, giliran kita pula bagaimana agaknya?

Friday, July 3, 2009





Murid-murid melakukan aktiviti laluan berhalangan di circuit training sk ss19 sj pada setiap pagi bertujuan untuk membantu meningkatkan keyakinan diri. Ala-ala Ninja warrior di gunung Midoriyama.

Mini camping dan sambutan hari lahir






PPKI telah berjaya menganjurkan mini camping pertamanya yang bertujuan untuk mendedahkan murid2 berkeperluan khas ini kepada suasana perkhemahan sebenar. Antara aktiviti yang dijalankan ialah memasang,membuka dan melipat khemah, barbeque, senamrobik,sukaneka dan sambutan harijadi.

Thursday, July 2, 2009

Kebun Kelas Khas






Kebun serai hasil usaha warga pend khas dikepalai oleh guru Kh tersohor En malik Sulaiman.