BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, November 17, 2009

Cikgu-cikgu hebat



Foto di atas tidaklah membayangkan bahawa guru wanita di SS19 tidak hebat, golongan hawa ini lebih hebat malahan kejadian seorang perempuan itu juga benar2 hebat. Masyaallah. Kita bermula dari kiri ke kanan. En. Ahmad Atiqi digelar bapak facebook kerana pengetahuan dan penggunaan yg meluas terhadap facebook. Statistik pada 16 November 2009 oleh pihak facebook yg berpusat di California menunjukkan bahawa 75% pengguna facebook adalah di luar U.S. dan 5% adalah dari Malaysia dan yg hebatnya cikgu Atiqi menguasai sebanyak 89.0987% penggunaan facebook di kalangan rakyat Malaysia. Wowwwwwwww!!!!!!!
Disebelah Atiqi merupakan seorang yang paling tidak hebat di sekolah ini.Namanya sekalipun tidak hebat jika dipamerkan. Beliau hanya melukut ditepi gantang. Ada tidak menambah, tiada tidak mengurangi. Kita lupakan beliau.
En. Azizul, nama besar yang dikenali ramai serata dunia. Cikgu pakar dalam BM dan Matematik, mampu mengajar 2000 jam tanpa henti walau di perhentian bas sekalipun.Pengacara Majlis yg sangat hebat, majlis pengebumian yg sepatutnya sedih pasti jadi sangat meriah dan gilang-gemilang jika diacarakan oleh manusia hebat ini.
Sharul Nizam pakar dalam bidang perkomputeran, cakap sahaja sebarang masalah mengenai komputer pasti diselesaikan secepat kilat, komputer sendiri pun tidak mampu mengatasi kehebatan komputer (otak) beliau. Sepanjang hidupnya telah merepair 9.8 juta buah komputer dan bakal bertambah lagi. sesiapa yg belum mempunyai pc bolehlah mendapatkan pandangan dari beliau ataupun minta beliau buatkan sebuah pc khas untuk anda.
En. Mustaffal adalah storan data bergerak. Segala data penduduk SS19 hatta penjual bunga melur sekalipun ada dalam simpanan beliau. Tarikh lahir, tarikh akhil baligh, tarikh nikah, bilangan anak, bilangan pokok bunga orkid juga dalam data beliau. Bilangan patah perkataan dalam posting ini juga terdapat dalam data beliau.
Ketua Polis SK SS19 iaitu En. Halim mampu bertutur dalam 300 bahasa penduduk Bumi ini. Pakar dalam permainan Bola Baling dan membaling anjing kurap yg melintas di depan rumah agam beliau di SS19.
Berasal dari negara matahari terbit pakar dalam bidang fotografi dan pernah menganggotai kumpulan Fotograf. Baru sahaja memiliki kamera DSLR Nikon D90 yang amat canggih.Mampu mengambil gambar disebarang sudut sukar seperti di celahan letusan lava gunung berapi. Rancangan Time Warp di Discovery Channel sebenarnya meminjam kamera beliau untuk merakam gambar objek yang seterusnya diperlahankan hingga 4000 frame per second. Memiliki kereta yang amat laju Nissan Grand Livina Impul. Inilah En. Azley Suhairey Bin Ahmad Suhaimi.
Ustad Padhlie juga orang hebat di SS19 ini. Mampu bertutur dan mengarang puisi Arab yang sangat tinggi kualitinya. Bendahari PIBG terhebat pernah dimiliki oleh sekolah kami. Juga pakar dalam bidang komputer setanding En. Sharul.
En. Fauzi orang paling kuat di SS19, Pakar dalam subjek BM dan jurulatih Pusat Kokurikulum negeri yang beroperasi di Kem Tekali. Pernah ditawarkan sebagai jurulatih Utama di Kem Delta 1 di Guantanamo Bay.
En. Malik tiada dalam gambar adalah pakar dalam Yahoo Messenger, ketika gambar diambil beliau sedang YM dengan saudaranya di Huambo Angola.

Sunday, November 15, 2009

Hari Aerobikthon SK SS19 Subang Jaya






Aerobikthon telah berlalu dengan jayanya dan cemerlang sekali. Penglibatan dan sumbangan dari pihak guru, kakitangan dan ibu bapa sangat memberangsangkan dalam menjayakan program ini.

Monday, November 9, 2009

Akhirnya kembali



Setelah hampir dua bulan Mohd Nizam tidak hadir ke sekolah kini beliau berjaya menjumpai semula jalan kembali ke sekolah itupun dengan bantuan alat GPS yang dijumpainya di dalam longkang berhampiran restoran cina di USJ9. Ramai yang menyangka Mohd Nizam tersesat jalan atau disorok oleh makhluk halus Bunian seperti dalam cerita Sumpah Bunian yang hangat ditayangkan di TV3. Alhamdulillah kini beliau telah kembali menghiburkan kami disini.

Thursday, November 5, 2009

Selamat Harijadi





Selamat Harijadi khas buat Pn. Siti Hawa. Sekali imbas Pn. Siti Hawa nampak baya belasan tahun, masih hingusan dan boleh ditipu dan dipermainkan dengan mudahnya, namun hakikat sebenarnya Pn. Siti Hawa sudah hidup di planet Bumi selama 10950 hari bersamaan 262800 jam, memerhatikan terbit dan terbenamnya matahari sebanyak 5475 kali, memerhatikan kejadian malam sebanyak 5475 kali, makan sebanyak 398567kg nasi, minum 96597567 liter air, jatuh basikal 18 kali dan hanya sekali melahirkan anak. Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki.

Tuesday, November 3, 2009

Hari Kanak-kanak dan Sambutan Hari Lahir







3 Nov 09 telah meninggalkan kita dan sambutan Hari Kanak-kanak kini hanya memori indah buat kita semua hinggalah kita hilang ingatan atau meninggal dunia. Sambutan yang dirancang rapi oleh pihak sekolah membuahkan kejayaan dan kegemilangan perayaan Hari Kanak-kanak pada tahun ini. Persembahan magic show dari Sporty Clown amat menghiburkan hinggakan seluruh warga sekolah tertawa terutamanya Pn Siti Hawa. Tidak kurang hebatnya persembahan dari Ronald Mc Donald yang didatangkan khas dari California U.S. sungguhpun sibuk menjual burger di sana tapi sanggup meluangkan masa meraikan pelajar S.K. SS19 Subang Jaya.
Sambutan Harijadi Pendidikan Khas kali ini adalah nuntuk meraikan pelajar, PPM dan guru yang lahir pada Sept,Okt,Nov dan Disember. Pelajar amat terhibur dengan permainan yang mengerah kekuatan fizikal dan mental mereka mencari barang tersembunyi, musical chair dll. Sambutan kali ini amat istimewa dengan kehadiran artis terkenal tanah air iaitu Pn. Zarina Zainudin,yang menambah ceria majlis kami. Terima kasih juga kepada ibu Waseem, ibu Jishnu,ibu Ong Xao Min dan ibu Maisarah yang sudi datang memeriahkan majlis dan menyumbang makanan yang amat lazat hingga kini terngiang-ngiang keenakannya dan masih kekal kenyang hingga saat ini.

Monday, October 12, 2009

Bakat luarbiasa




Barangkali anda perasan ini adalah kali kedua gambar murid ini menghiasi blog ini. Hati ini sebenarnya tidak berkeinginan untuk menyerlahkan murid ini untuk kali kedua tetapi setelah dibasuh berkali-kali oleh murid ini maka terpaksalah dipostingkan juga gambarnya.
Nur Farhana adalah murid kami yang paling rajin, aktif dan mempunyai bakat luarbiasa dalam kerja-kerja membasuh. Segala yang terlintas di depan mata takkan terlepas dari basuhan berkualiti Nur Farhana. Sinki ini sebenarnya telah mengalami basuhan yang ke 2318988 kali dan mengalami hakisan sebanyak 0.576mm dari ketebalan asal. sabun basuh, bekas sabun basuh, tempat basuh tangan, mesin basuh, tukang basuh dan kami guru2 dan ppm telah serik dibasuh oleh murid luarbiasa ini.

Friday, October 9, 2009

Pemilihan pemain futsal dan bola jaring daerah Petaling Perdana






8 Oktober 09 mencatat sejarah apabila para pemain futsal dan bola jaring daerah Petaling Perdana berkumpul beramai-ramai di sekolah kami untuk menunjukkan bakat dan skil terhebat mereka di hadapan panel pemilih profesional yang bakal menempatkan mereka sebagai pemain futsal dan bola jaring daerah yang bakal membawa cabaran dan menggegarkan jaring pasukan daerah lain kelak. Sesi pemilihan sedikit tercalar dek kerana hujan yang turun pada awal pagi namun tentu ada rahmat di sebaliknya yang kekal sebagai rahsia Tuhan. Hujan yang turun memaksa para guru, pengurus pasukan dan pegawai mengadakan mesyuarat merancang strategi pasukan daerah yang pastinya bakal menggetarkan pasukan lawan.
Suatu kejutan besar apabila diteliti sekeping gambar yang secara tidak sengaja diambil, mengandungi gambar jurulatih pasukan Liverpool iaitu Rafael Benitez. Mungkin akibat perselisihan faham dengan George Gillete dan Tom Hicks membawa Benitez ke sini. Mungkin mencari pemain baru untuk digandingkan dengan Fernando Torres atau ingin merebut jawatan sebagai jurulatih pasukan futsal daerah Petaling Perdana.

Wednesday, October 7, 2009

Workshop: Enhancing sensory Integration Strategies at Home and School



Speaker: Mdm. Teo Lee Fun
Date : 24 Oct 2009 (saturday)
Time : 2pm to 4pm
Venue : Subang Jaya Assembly
5 Jalan SS13/3C,47500 Subang Jaya.

Who should attend: Parents, caregivers and teachers of children with speacial needs.

About the speaker
Mdm. Teo Lee Fun is an Occupational Therapist trained in New Zealand and has worked more than 30 years in this field. She is SIPT (Sensory Integration Praxis Test) certified with the University of Southern California (USC/WPS). She has also attend professional training in areas such as Sensory Integration, NDT,MORE approach, Samonas and Therapheutic Listening. She has speacial interest working with children with learning difficulties and sensory integrative dysfunction. She has conducted numerous seminars, lectures and workshops for parents, teachers and others involved with speacial children with speacial needs.

Tel No: 603-56347706 / Mobile No: 016-2633258 (Ms irene Kee).

Tuesday, October 6, 2009

Qi Qong dan Taichi





LADAP minggu lepas memang best. Kami diajar Qi Qong dan Taichi oleh Master Abdul Rahman. Qi Qong memang terbukti baik untuk kesihatan luaran mahupun dalaman badan kita. Pelajar terbaik Chiqong yang merupakan anak murid kesayangan Master Abdul Rahman (En Azley) dikatakan adalah kelahiran semula Taichi Master sewaktu era Dinasti Ming di Tanah Besar China. Seorang pakar Kung Fu dan salah seorang arkitek dalam pembinaan Tembok Besar China.

Kem 1 Malaysia





Kem 1 Malaysia bakal diadakan di sekolah kita pada 27-30 Oktober 2009.Program ini anjuran Jabatan Pelajaran Selangor dan Pusat Kokurikulum Negeri dan dikelolakan oleh cikgu2 kita yang sangat hebat terutamanya cikgu Azley Suhairey Ahmad Suhaimi. Kelihatan dalam gambar guru-guru sedang khusyuk bermesyuarat hingga terlupa makan minum dan anak bini di rumah bagi mempastikan kejayaan kem 1 Malaysia ilham perdana Menteri kita serta meminimumkan permasalahan dan kesulitan semasa program berjalan kelak. Semoga berjaya.

Wednesday, September 30, 2009

Beban tugas seorang guru



Kedengaran murid dan ibu bapa zaman sekarang mengeluh beg sekolah yang digalas semakin berat dek kerana bilangan buku yang semakin banyak perlu dibawa pergi dan pulang dari sekolah. Itu yang tersurat dan jelas kelihatan di mata masyarakat.
Guru zaman sekarang juga semakin berat beban tugas yang ditanggung. Lakaran kartun di atas membayangkan realiti beban seorang guru biasa. Di sini saya selitkan sedikit bebanan yang menjadi kebiasaan bagi seorang yang bergelar Guru Pendidikan Khas. Berat mata memandang berat lagi bahu memikul.

Monday, September 28, 2009

Wonderpets terbunuh



Tanggal 17 September 2009 menyaksikan perginya seorang wira ke alam yang kekal abadi. Tuck wira wonderpets telah terbunuh di tangan En waseem. En Waseem telah menarik keluar kepala kura-kura kerdil ini sekuat hati menyebabkan urat saraf, vena, kapilari, saraf tunjang dan tulang belakang kura-kura ini terkeluar dari landasan asal menyebabkannya menemui ajal ketika itu juga. Tolong jangan sesekali menganggap Waseem sekejam Nazi semasa peristiwa Holocaust di kem Auschwitz - Birkenau yang membunuh sejuta puak Yahudi di bilik gas. Waseem melakukannya demi sains semata. Hasil pemerhatian Waseem terhadap eksperimen yang dijalankan ini didapati leher kura-kura dapat dimaksimumkan sehingga 1.5cm dan boleh dipendekkan seminima 0.231cm.
Pemergian mu tidak sia-sia. Inilah ragam murid Pendidikan Khas, jangan la bela haiwan kat kelas nanti akan jadi bahan kajian dan eksperimen yang sangat ekstrem.

Sunday, September 27, 2009

Cikgu praktikal



Cikgu Maisarah, Cikgu Faizal dan Cikgu Noraziah. Pejam celik,pejam celik tamat sudah tempoh praktikal mereka di sekolah ini. Nasib baik pejam buleh celik balik. Kehadiran kalian menambah ceria kami semua.

Tuesday, September 15, 2009

Balik kampung





Raya dah dekat, ramadhan semakin meninggalkan kita, bahang balik kampung makin terasa. Waseem telah bersedia untuk balik kampung dengan menunggang motosikal. Jimat duit minyak dan tol kalau naik motor kata waseem.

Wednesday, September 2, 2009

Hang Tuah gagal SPM



Sekadar hiburan untuk hampa semua yang stress.

Tuesday, September 1, 2009

Pakar puzzle

video

waseem memang telah diakui seorang murid pakar dalam permainan puzzle. Pembuat dan kilang2 yang buat puzzle sekarang ni tgh pening (puzzle) nak merekacipta puzzle terbaru yang mampu memeningkan waseem.

Tuesday, August 18, 2009

Mural






Pandemik H1N1 mengakibatkan 100% murid pendidikan khas tidak hadir ke sekolah hari ini. Demi menghilangkan rindu pada anak murid kami sepakat menghias dinding kelas dengan lukisan mural.

penangan H1N1





Akibat penularan wabak H1N1 yang makin serius, kehadiran ke sekolah amatlah tidak memberangsangkan. kelihatan dalam gambar ibu Shahizat menjemputnya pulang awal dan cikgu hebat kita En Malik Sulaiman menghantar Muhamad Arief pulang ke rumah. Ibu bapa tidak digalakkan menghantar anak ke sekolah terutama bagi mereka yang kurang sihat.

Sunday, August 16, 2009

Selamat tinggal Cik Noraziah






Selamat tinggal buat selama-lamanya kepada Cik Noraziah dan selamat datang Puan Noraziah. Jumaat 8 Ogos menyaksikan satu detik bersejarah buat bakal cikgu dari Parit Jawa ini. Tiada sebarang pingat atau darjah kebesaran dari mana-mana sultan untuknya namun setelah diijabkabulkan maka sah sudah beliau menjadi isteri orang dan secara automatiknya darjah kebesaran seorang isteri dikurniakan yang membawa gelaran PUAN.

Friday, August 14, 2009

Sambutan Hari Lahir

Thursday, August 13, 2009

Minggu matematik



Minggu matematik pada 27 - 31 Julai yang lalu berlangsung dengan jayanya dan pelbagai program hebat telah diadakan. Murid-murid pendidikan khas tidak terkecuali dan inilah senarai pemenangnya :
Tahap satu 1. Nurfarhana
2. Nurfaiqa
3. Muhd Hadif

Tahap dua. 1. Nadhirah hani
2. Jishnu
3. Mohd Nabil

Sunday, August 9, 2009

Mesyuarat agung PIBG PPKI





Mesyuarat PIBG PPKI telah dijalankan pada 8 Ogos 2009 bertempat di bilik Nilam Sari.