BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, April 6, 2010

Kitar Semula




Alhamdulillah kempen kesedaran kitar semula yang baru berlangsung selama 3 bulan telah menampakkan hasil yang menakjubkan. Bukan wang ringgit yang dimaksudkan, tetapi kesedaran dalam diri murid untuk sama2 menjaga planet bumi kita ini dengan mengitar semula bahan2 terbuang. Bahan kitar semula yang dikumpulkan berjaya memuat penuhkan satu lori dan dijual bersama dengan lorinya sekali.

Pesta boling & sambutan birthday


Sunway Pyramid bakal digegarkan oleh pelajar kami pada 12 April kelak. Terima kasih dan sanjungan tidak terhingga kepada Pn Anariza yang berusaha keras untuk merealisasikan projek mega ini.

Friday, March 26, 2010

cikgu kurang ajar







Inilah contoh cikgu yang kurang ajar, tidak mengajar, meninggalkan murid2 di kelas, membiarkan rakan guru merelief kelas beliau dan bersuka ria di tengah panas terik matahari, bermain-main dengan minyak hitam bas Rapid Kl. Menyiapkan trek 100 dan 200 meter untuk hari sukan sekolah kelak bukanlah tugas mudah dan tidak pernah diajar oleh mana2 pensyarah maktab sewaktu bergelar guru pelatih. Ini semua pengorbanan seorang guru demi memastikan anak murid dapat berlari dengan selesa kelak. Setiap tahun kami melakukan tugas ini dan rasanya belum pernah kedengaran di cuping telinga samada cuping kanan atau kiri ucapan terima kasih daripada insan bergelar anak murid. Kurang ajarkah guru-guru ini?

Monday, March 15, 2010

Lacing animal





Kacang jer buat lacing model animal ni bagi kita tapi bukan semudah bagi itu bagi sesetengah murid kami. sebenarnya ini sebahagian dari terapi tangan terutamanya anggota jari. Setelah sekian lama menggunakan alat ini jari murid kami makin lembut dan mampu melakukan pergerakan atau xtvt yang memerlukan kehalusan, kesenian dan tumpuan yang tinggi. Maafkan saya jika ada haiwan di luar sana yang diikat dan diperlakukan sebegini oleh pelajar saya.

Thursday, March 11, 2010

Tiket ke Neraka


11/03/2010 menyaksikan pejabat sekolah kami dipecah masuk dan banyak sekali barang berharga telah dilarikan bersama sekeping tiket ke neraka oleh En. Pencuri. Sekadar sekeping gambar dipamerkan agar tidak mengganggu siasatan pihak Polis Di Raja Malaysia.
Pesanan kepada En. Pencuri agar memanfaatkan barang yang diambil tanpa izin, jagalah elok2 dan bawalah bersama anda ke akhirat kelak.

Saturday, March 6, 2010

Swimming







Sudah bertahun lamanya murid2 kami belajar berenang dan kini masih meneruskan tradisi lama berenang. Instructor terlatih di upah mengajar anak murid kami menguasai teknik renangan yang betul.

Tuesday, March 2, 2010

Boling at Pyramid Megalane






Kali ke 3 untuk tahun ini kami meneruskan latihan boling di pyramid Megalane. Permainan anak murid kami juga makin mantap dan menggerunkan apatah lagi berlatih bersama skuad Malaysia yang dibarisi Shalin Zulkifli, Lisa Wong dan ramai lagi. Skuad kami diberi tunjuk ajar oleh Pn Michelle Wong bekas atlet boling kebangsaan suatu ketika dulu yang mengharumkan nama negara di persada boling antarabangsa. Terima Kasih Pn Michelle Wong.

Monday, February 22, 2010

Farmville PPKI







Kebun PPKI telah dinaik taraf oleh para guru dan murid2 kami khasnya. Jika dahulu kami telah mengaut keuntungan berlipat kali ganda hingga menyebabkan pekebun jaya di Cameron Highland gulung tikar, muflis dan ada yang membunuh diri. Kini sempena tahun baru kami berazam menanam tumbuhan yang berbeza dari tumbuhan atau sayuran di kebun-kebun lain di seluruh Malaysia. Berkat usaha dari anak-anak syurga ini, kebun kami makin maju dan subur walaupun tidak ditaburi baja subsidi dari kerajaan. Papaya kami diambil benihnya daripada superhero yang semakin meningkat naik iaitu En. Pepaya. Setelah memakan papaya dan bertukar menjadi kuat, En Pepaya telah menghadiahkan kami sisa buah papayanya untuk diambil biji seterusnya disemai dan ditanam di perkaranganh kebun kami. Terima kasih En Pepaya.
Cili kami pula disumbangkan khas oleh En Azley Suhairey. Menurut beliau, cili ini diambilnya dari negara matahari terbit sewaktu kunjungan beliau ke sana kerana menyertai pertandingan Ninja Warrior di kaki Gunung Midoriyama dua tahun yang lalu. Benih ini dicuri oleh beliau sewaktu melalui halaman rumah Cikgu Sakura iaitu Guru Kelas kepada Hagemaru Hakeda.

Tuesday, February 9, 2010

Mesyuarat Agung PIBG kali ke 20






Mesyuarat Agung PIBG telah diadakan dengan gilang-gemilangnya pada 6 Feb 2010 yang lalu. Ratusan ibu bapa telah meluangkan masa meninggalkan segala pekerjaan, rumah, ternakan dan pembantu rumah mereka demi memeriahkan AGM kali ke 20. Selain ucapan YDP dan Guru Besar mesyuarat kali ini buat pertama kalinya menyelitkan ucapan khas daripada murid Pendidikan Khas. Ucapan beliau yang sangat panjang lebar terpaksa dihentikan kerana melewati masa yang ditetapkan. Semoga PIBG dan guru-guru dapat bekerjasama menggemilangkan sekolah.

Wednesday, February 3, 2010

Boling






2 Februari 2010 seramai 8 orang murid dengan beraninya telah menyertai latihan boling di Sunway Piramid, Bandar Sunway. Murid-murid yang berani ini sangat bertuah kerana mendapat tunjuk ajar khas daripada bekas pemain boling kebangsaan. Segala skill dan teknik telah diperturunkan kepada anak murid kami dan seluruh pemain, penonton, pekerja megalane, guru-guru dan mereka yang berada di pusat beli-belah ini tergamam melihat aksi pelajar kami mempamerkan skil dan teknik yang diubahsuai sendiri oleh mereka. Teknik yang diubahsuai ini bukan sahaja mampu membuahkan strike malahan mampu merobohkan keseluruhan pusat beli belah ini. Wowwww

Wednesday, January 27, 2010

Superhero




Sharif bukanlah nama asing bagi kami penduduk Subang Jaya,Kg Dusun dan SK SS19 SJ khasnya. Cikgu Sharif pernah mengajar Pendidikan Khas di sini dan ribuan kali kami bertindak menyelamatkan beliau dari kecelakaan. Bukanlah beperwatakan baik semasa zaman mudanya, pernah menjawat jawatan Ketua Samseng Kg Dusun dengan gelaran Sharif Dol Samseng Kg Dusun suatu ketika dahulu. Namun kini bukan sahaja Kg Dusun bahkan satu Malaysia mengenali Cikgu Sharif sebagai Superhero sejati yang berjaya menyelamatkan nyawa manusia. Kami sungguh berbangga mempunyai rakan sehebat beliau. Superhero seperti Superman, Batman, Spiderman, Cicakman, Keluangman, Cikgu Sulaiman pasti irihati dan mungkin terfikir untuk bersara dari arena superhero ini. Syabas Cikgu Sharif. From zero to superhero.

Saturday, January 23, 2010

Cikgu baru



Tahun 2010, SKSS19 Subang Jaya telah menyaksikan pertukaran 3 orang guru terhebat kami iaitu En. Mustaffal, Ustaz Zawawi dan Pn. Faridatul Azna. Namun kami juga menerima kehadiran yang tidak disangka-sangka dari seorang guru wanita yang menjadi idola dan ikon terkenal di Daerah Gombak sejak sekian lama. Beliau sangat berpengalaman luas dalam bidang pendidikan terutamanya Pendidikan Khas dan menjadi bahan rujukan bergerak Pendidikan Khas hingga menyukarkan pergerakan beliau bersama keluarga. Amat bertuah Petaling Perdana dan sekolah kami khasnya mempunyai guru sehebat beliau.Maafkan saya kerna tidak mampu mengisahkan kehebatan beliau dengan lebih lanjut kerana jari-jemari seakan kaku, saraf spina jam dek aura kehebatan beliau.

Tuesday, January 19, 2010

Amali menggosok gigi






Bangun pagi gosok gigi, cuci muka dan mandi, pakai baju minum kopi pergi sekolah belajar. Mudah amat perkara menggosok gigi, tetapi betulkah teknik menggosok anda. Jururawat gigi berpengalaman, (Pn. Siti Hawa dan Pn. Fadhilah) telah mengadakan demonstrasi dan tunjuk ajar tentang teknik menggosok gigi yang betul.

Wednesday, January 13, 2010

Cek gigi





Sangat menakutkan bagi murid-murid pendidikan khas apabila gigi mereka diperiksa secara terperinci oleh jururawat gigi Pn. Siti Hawa. Setelah sekian lama murid-murid bercuti panjang dan bangun lewat sekaligus lewat memberus gigi menyebabkan banyak karies gigi terbentuk. Sebenarnnya bukan murid sahaja yang gentar gigi diperiksa malahan jururawat dan guru juga turut menggeletar kerana perlakuan di luar jangkaan murid, ada peralatan yang digigit sekaligus ditelan dan tangan Cik Arlinawati juga hampir putus digigit dan terpaksa menjalani pembedahan menyambung semula urat-urat tangan beliau.

Tuesday, January 5, 2010

Wajah-wajah 2010



Antara wajah-wajah 2010 PPKI SKSS19SJ pada hari pertama persekolahan.

Friday, January 1, 2010

Meeting Panitia





Mesyuarat panitia pend. khas telah diadakan pada 30 Dis 09 dengan jayanya, Mesyuarat berlangsung secara serius ini memakan masa hampir 19 jam untuk berakhir kerana terlalu banyak perkara dibincang dan dihalusi satu persatu termasuklah majlis pernikahan En Atiqi yang entqah bila.Semoga segala yang dirancang untuk 2010 berjalan dengan jayanya.