BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, March 20, 2011

P.A. Syatem






P.A. System berkualiti tinggi dan bernilai ribuan ringgit kini menjadi milik S.K. SS19 SJ sepenuhnya hasil sumbangan dua orang individu berhati mulia. Sistem bunyi yang serba canggih ini mampu mengubah suara atau bunyi katak menjadi suatu irama yang mengasyikkan. Antara barangan audio yang disumbangkan ialah 12 set speaker yang 4 diantaranya berjenama JBL keluaran USA, 2 set mixer 16 channel Soundcraft, 1 mixer 8 channel BMG, 2 power amplifier jenama Crown, Yamaha graphic equalizer, Yamaha multi effect processor, compressor expander limiter,6 channel headphone console, mikrofon wayar dan wireless, mic stand, ratusan meter kabel dll.

Monday, February 7, 2011

Aktiviti di bilik sensori




Sesi terapi berjalan seperti biasa setiap hari dan inilah di antara aktiviti yang dijalani oleh murid. Adik Maisarah menaiki buaian seakan silinder yang mampu menampung berat sehingga 200kg iaitu bersamaan dengan 9854787362546389389759875874 ekor Semut Peluru (Bullet Ant)http://www.antstuff.net/html/bullet_ant.html yang kekenyangan akibat makan selama 9876 hari tanpa henti. Adik Waseem pula baru selesai melakukan terjun tiruk dari ketinggian 2cm dari paras lantai.Sebelum itu Waseem telah melakukan lompatan sebanyak hampir 400 kali menggunakan trampolin yang di akhiri dengan aksi terjunan tersebut. Adik Avanesh pula diperlakukan sedemikian rupa bertujuan untuk membantunya mendapatkan ketenangan yang dicari-carinya selama ini di serata pelusuk dunia dan akhirnya ditemui di bilik sensori SKSS19 Subang Jaya.

Friday, January 28, 2011

The Sensory




Adik Waseem Akram dibantu oleh En Atiqi semasa menjalani terapi di bilik sensori. Bukanlah mudah untuk menaikkan Waseem ke atas buaian berbentuk silinder ini, En Atiqi telah cedera parah dan cedera buah pinggang kirinya ditendang Waseem. Namun itu semua tidak penting berbanding kepuasan melihat perubahan Waseem yang kini lebih berkeyakinan dan sentiasa ingin mencuba apa sahaja termasuklah cuba merompak pakcik kantin dan pengawal sekolah.

Thursday, January 27, 2011

PPKI SEK KEB SS19 SUBANG JAYA: Gong Xi Fa Cai

PPKI SEK KEB SS19 SUBANG JAYA: Gong Xi Fa Cai

Gong Xi Fa Cai



Setiap kali menjelangnya sambutan Tahun Baru Cina, guru2 dan murid2 berbangsa Cina akan menghadiahkan buah limau kepada guru2, kakitangan dan murid2. Tidak ketinggalan adik Chea Jwo Ming yang menghadiahkan ratusan biji buah limau mandarin (Citrus reticulata) gred tinggi yang ditanam oleh beliau sendiri yang merupakan pusaka warisan daripada susur galur keluarga beliau semenjak dinasti Ming lagi sewaktu Zhu Yuanzhang menaiki takhta di Nanjing dan menubuhkan dinasti Ming pada tahun 1368. Menurut beliau limau ini banyak khasiatnya mengalahkan khasiat akar tongkat ali dan kumpulan muzik akar.Kandungan Vitamin C yg tinggi dikatakan mampu melindungi tubuh dari serangan kanser, merangsang pengaliran darah dan mempercepatkan kesembuhan luka dalaman dan luaran. Nilai kalsium yg tinggi pula menguatkan gigi dan amat mujarab meningkatkan ketahan badan terutama tulang dari ancaman penyakit pereputan gigi dan osteoporosis. Vitamin B nya pula merupakan sumber utama mencegah kecacatan bayi dalam kandungan dan melawan penyakit jantung. Serat tinggi yg larut dlm air dinamakan pektin telah dibuktikan mampu menahan rasa lapar disamping dapat mengurangkan tahap kolesterol dalam darah maka sering menjadi pilihan bagi produk pelangsingan badan. Antioksida dapat melindungi kulit dari bahan radikal bebas justeru melambatkan proses penuaan. Jus limau mandarin dikatakan mampu mengubat asma, tuberkulosis, demam, penyakit bronkitis dengan merangsang saline dalam paru2 untuk melegakan dan mengeluarkan kahak berlebihan dan melindungi paru2 dari dijangkiti virus semula. Mujarab mengatasi masalah penghadaman terutama sembelit dan kronik dispepsia. Namun yang menyedihkan ialah murid ini hanya menghadiahkan dua kotak limau kosong kepada saya kerana limaunya telah habis disedekahkan kepada rakan-rakannya dan menurut beliau kotak limau ini juga mempunyai khasiat setanding limau mandarin di dalamnya.

Tuesday, January 25, 2011

Chess Master



Sungguhpun murid ini memegang kad OKU namun tahap atau level permainan dam dan chess nya adalah sangat menggerunkan. Hanya En Malik seorang sahaja yang mampu melayan corak permainan murid ini. corak dan strategi permainannnya menyerupai juara dunia 2010 Viswanathan Anand yang menewaskan Veselin Topalov pada kejohanan Chess Peringkat Dunia yang berlangsung di Sofia,Bulgaria. Bakat murid ini tidak terhenti setakat itu sahaja malahan beliau juga pakar dalam dam haji,teng-teng, polis sentri, permainan masak-masak, main kuda dan permainan dam ular serta bermain ular tedung milik jirannya yang baru meninggal dipatuk ular tersebut.