BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, January 27, 2011

Gong Xi Fa Cai



Setiap kali menjelangnya sambutan Tahun Baru Cina, guru2 dan murid2 berbangsa Cina akan menghadiahkan buah limau kepada guru2, kakitangan dan murid2. Tidak ketinggalan adik Chea Jwo Ming yang menghadiahkan ratusan biji buah limau mandarin (Citrus reticulata) gred tinggi yang ditanam oleh beliau sendiri yang merupakan pusaka warisan daripada susur galur keluarga beliau semenjak dinasti Ming lagi sewaktu Zhu Yuanzhang menaiki takhta di Nanjing dan menubuhkan dinasti Ming pada tahun 1368. Menurut beliau limau ini banyak khasiatnya mengalahkan khasiat akar tongkat ali dan kumpulan muzik akar.Kandungan Vitamin C yg tinggi dikatakan mampu melindungi tubuh dari serangan kanser, merangsang pengaliran darah dan mempercepatkan kesembuhan luka dalaman dan luaran. Nilai kalsium yg tinggi pula menguatkan gigi dan amat mujarab meningkatkan ketahan badan terutama tulang dari ancaman penyakit pereputan gigi dan osteoporosis. Vitamin B nya pula merupakan sumber utama mencegah kecacatan bayi dalam kandungan dan melawan penyakit jantung. Serat tinggi yg larut dlm air dinamakan pektin telah dibuktikan mampu menahan rasa lapar disamping dapat mengurangkan tahap kolesterol dalam darah maka sering menjadi pilihan bagi produk pelangsingan badan. Antioksida dapat melindungi kulit dari bahan radikal bebas justeru melambatkan proses penuaan. Jus limau mandarin dikatakan mampu mengubat asma, tuberkulosis, demam, penyakit bronkitis dengan merangsang saline dalam paru2 untuk melegakan dan mengeluarkan kahak berlebihan dan melindungi paru2 dari dijangkiti virus semula. Mujarab mengatasi masalah penghadaman terutama sembelit dan kronik dispepsia. Namun yang menyedihkan ialah murid ini hanya menghadiahkan dua kotak limau kosong kepada saya kerana limaunya telah habis disedekahkan kepada rakan-rakannya dan menurut beliau kotak limau ini juga mempunyai khasiat setanding limau mandarin di dalamnya.

0 comments: