BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, August 23, 2010

Majlis Berbuka Puasa







Bulan Ramadhan kembali lagi dan seperti tahun2 lepas majlis berbuka puasa wajib diadakan. Namun tahun ini majlis diadakan di rumah Pn Guru Besar. Terima kasih Pn Rukiah yang sudi mengizinkan kami berbuka puasa di perkarangan rumah beliau. Majlis dimulakan dengan bacaan yassin dan doa selamat, berbuka, solat maghrib dan kembali menjamu selera. 98% kakitangan sekolah hadir memeriahkan majlis termasuklah kakitangan bukan Islam.
Antara menu utama pada malam itu:
1. Kambing Golek
2. Ayam Golek Warisan
3. Ikan Dowry
4. Sotong Goreng Celup Tepung
5. Udang Masak Lemak Pegaga
6. Sayur Campur
7. Pelbagai Kuih-muih
8. Buah-buahan
9. Dadih dan karamel
10.Air kordial, teh tarik, air tin, air mineral, air basuh tangan
Terima kasih tidak terhingga kepada Warisan Baiduri Katering yang diterajui oleh Pn. Azizah yang menyediakan masakan yang sedap, lazat, berkualiti,bersih dan semestinya halal. Jutaan penghargaan juga kerana menyumbang seekor kambing untuk digolek serta kerusi meja beserta alasnya.

Tuesday, August 3, 2010

Pertandingan Badminton KKGK






USJ 23 digemparkan dengan kemeriahan pertandingan badminton anjuran kelab guru SKSS19 SJ pada 31 Julai yang lalu. Pertandingan yang objektif utamanya untuk memupuk kemesraan dikalangan warga SKSS19 SJ ini turut menarik minat YDP PIBG dan AJK PIBG untuk turut sama bersaing merebut gelaran pemain badminton terhebat SS19 SJ.

Friday, July 30, 2010

Gotong royong mengecat bilik sensori







Alhamdulillah di atas usaha En. Junaidi (YDP PIBG) dan sumbangan daripada Dato' Kamalsebuah bilik sensori bakal dibangunkan di S.K. SS19 S.J. Guru2, PPM2 AJK PIBG dan para ibu bapa bersama-sama bergotong-royong membersihkan dan sekaligus mengecat kelas untuk dijadikan bilik sensori kelak. Proses mengecat mengambil masa selama 18 hari untuk disiapkan menggunakan 398liter cat dan 78654 batang berus cat cap ayam. Akibatnya tapak tangan Pn.Huda Salman telah kehilangan deria sentuhan dan tidak boleh digunakan lagi. Pn. Huda Salman bakal orang pertama yang akan menggunakan peralatan di bilik ini untuk memulihkan sensori beliau. Gambar Pn. Huda Salman tidak dapat dipaparkan kerana terlalu censored.

Friday, July 16, 2010

Majlis sambutan harijadi







Sungguh sedih sambutan harijadi PPKI kali ini, apa tidaknya dek kerana meraikan hari lahir sebilangan guru, PPM dan murid2 10 nyawa ayam yang tidak berdosa terpaksa dikorbankan, dibakar, dimakan, dikunyah, dihadamkan dan akhirnya ke lubang najis perginya. 98 kilogram sotong juga menerima nasib yang sama dek kerana amarahkan Paul Octopus yang nun jauh di Jerman. 15 Julai juga merupakan tarikh keramat Pn. Nurul Huda Salman dilahirkan ke muka bumi ini dan ini merupakan kali yang ke-28 beliau mengelilingi matahari. Tahniah kepada Pn Rosnilawati dan Pn Azmira yang berjaya merancang dan seterusnya melaksanakan program ini walaupun mendapat tentangan dan bantahan daripada Kementerian Alam Sekitar, Badan Pencinta Alam (WWF)dan En. Chew Jia Meng yang merupakan seorang "vegetarian".

Wednesday, July 14, 2010

Mydin Mall USJ Subang Jaya







Mydin Mall USJ 1 Subang Jaya digemparkan dengan kehadiran pelajar pendidikan khas. Kunjungan kami seawal yang mungkin, pintu utama Mydin Mall hampir2 dirobohkan oleh pelajar kami. Objektif kunjungan kami hanya sekadar memberi pengalaman dan keyakinan diri di kalangan pelajar berkeperluan khas untuk berhadapan dengan orang ramai dan merasai sendiri nikmat membeli belah dan membuat pembayaran di kaunter juga merasai sendiri pengalaman menjadi "cashier" di pasaraya besar.

Monday, June 21, 2010

Kolam PPKI





Sedang kita semua para guru dan murid2 bercuti selama 2 minggu, para PPM pula bertungkus lumus selama 2 minggu membina kolam hiasan yang diambil dari lukisan kuno karya Leonardo Da Vinci yang dicuri dari Pusat Sumber S.K. SS 19 S.J. Kolam yang begitu membingungkan kerana bertentangan sama sekali dengan hukum fizik ini adalah hasil sentuhan kreatif 4 wanita iaitu Pn. Nurul Huda, Pn. Azmira, Pn. Yusniza dan Cik. Arlinawati. Karya mereka ini telah menarik minat P.M. Britain dengan menawarkan mereka untuk merekabentuk kolam renang sempena sukan olimpik 2012 di London kelak. Mereka juga telah mendapat kepercayaan untuk membina kolam najis terbesar di dunia di Haifa, Israel

Wednesday, June 2, 2010

Baca Buku


<

Membaca bukanlah suatu yang mudah bagi sesetengah murid pendidikan khas. Secara tidak langsung menjadikan buku cerita satu objek yang tidak bererti dan tiada nilai bagi mereka. Pn. Nurul Huda telah mengambil inisiatif membacakan buku cerita kepada murid2 ini. Pelbagai cerita dongeng, kisah rakyat, lagenda dll telah diperdengarkan kepada mereka.Selama 60000000000000 saat murid2 ini dibacakan buku cerita hingga ada antara mereka yang muntah2, pening, gastrik, darah tinggi, kencing manis, kanser otak, radang paru2, apendiks, batu karang, katarak mata akibat terlalu lama mendengar cerita dongeng yang tidak masuk akal ini. Pn Nurul Huda selaku pencerita kepada murid2 ini pula terpaksa dibacakan surah yasin kerana koma 8 minggu selepas tamat membaca buku yang terakhir. Buku cerita yang bertimbun banyaknya ini adalah sumbangan ikhlas daripada Cik Nadhirah Hani.

Wednesday, May 12, 2010

H1N1



Gelombang H1N1 melanda lagi dan serangan kali ini tepat mengenai salah seorang PPM kami (Cik Arlinawati). Sungguhpun begitu beliau tetap datang ke sekolah meneruskan kerja2 di samping membantu menyebarkan lagi virus ini kepada rakan2 lain, terima kasih Cik Arlinawati.

Monday, April 12, 2010

Bowling Fiesta & Birthday Party



Pesta Boling dan Sambutan Hari Lahir telah diadakan dengan cemerlangnya di Megalane dan KFC Sunway Pyramid. Jika sebelum ini hanya murid sahaja yang bermain pada setiap Selasa, kini giliran para Guru, PPM dan Ibu Bapa menunjukkan bakat dan skil luarbiasa.

Friday, April 9, 2010

Letih berenang






Seperti kebiasaan setiap Rabu kami akan berenang di kolam renang Kompleks 3k Subang Jaya dan seperti biasa kami akan sangat letih, lesu, tidak bermaya dan sangat lapar. Oleh itu kami telah merancang untuk berpiknik di sebelah kolam renang untuk memenuhi permintaan dari perut kami.
Dalam keseronokan menjamu selera, seorang pelajar (Ain) telah tersepit kaki kanannya sewaktu leka bermain. Namun dengan bantuan dan kecekapan guru pelatih (Cik Khairil)telah berjaya menyelamatkan kaki Ain dan alat permainan tersebut daripada dipotong, jika ada sesiapa yang menghidap kencing manis dan kakinya bakal dipotong bolehlah berjumpa Cik Khairil.

Tuesday, April 6, 2010

Kitar Semula




Alhamdulillah kempen kesedaran kitar semula yang baru berlangsung selama 3 bulan telah menampakkan hasil yang menakjubkan. Bukan wang ringgit yang dimaksudkan, tetapi kesedaran dalam diri murid untuk sama2 menjaga planet bumi kita ini dengan mengitar semula bahan2 terbuang. Bahan kitar semula yang dikumpulkan berjaya memuat penuhkan satu lori dan dijual bersama dengan lorinya sekali.

Pesta boling & sambutan birthday


Sunway Pyramid bakal digegarkan oleh pelajar kami pada 12 April kelak. Terima kasih dan sanjungan tidak terhingga kepada Pn Anariza yang berusaha keras untuk merealisasikan projek mega ini.

Friday, March 26, 2010

cikgu kurang ajar







Inilah contoh cikgu yang kurang ajar, tidak mengajar, meninggalkan murid2 di kelas, membiarkan rakan guru merelief kelas beliau dan bersuka ria di tengah panas terik matahari, bermain-main dengan minyak hitam bas Rapid Kl. Menyiapkan trek 100 dan 200 meter untuk hari sukan sekolah kelak bukanlah tugas mudah dan tidak pernah diajar oleh mana2 pensyarah maktab sewaktu bergelar guru pelatih. Ini semua pengorbanan seorang guru demi memastikan anak murid dapat berlari dengan selesa kelak. Setiap tahun kami melakukan tugas ini dan rasanya belum pernah kedengaran di cuping telinga samada cuping kanan atau kiri ucapan terima kasih daripada insan bergelar anak murid. Kurang ajarkah guru-guru ini?

Monday, March 15, 2010

Lacing animal





Kacang jer buat lacing model animal ni bagi kita tapi bukan semudah bagi itu bagi sesetengah murid kami. sebenarnya ini sebahagian dari terapi tangan terutamanya anggota jari. Setelah sekian lama menggunakan alat ini jari murid kami makin lembut dan mampu melakukan pergerakan atau xtvt yang memerlukan kehalusan, kesenian dan tumpuan yang tinggi. Maafkan saya jika ada haiwan di luar sana yang diikat dan diperlakukan sebegini oleh pelajar saya.