BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, February 22, 2010

Farmville PPKI







Kebun PPKI telah dinaik taraf oleh para guru dan murid2 kami khasnya. Jika dahulu kami telah mengaut keuntungan berlipat kali ganda hingga menyebabkan pekebun jaya di Cameron Highland gulung tikar, muflis dan ada yang membunuh diri. Kini sempena tahun baru kami berazam menanam tumbuhan yang berbeza dari tumbuhan atau sayuran di kebun-kebun lain di seluruh Malaysia. Berkat usaha dari anak-anak syurga ini, kebun kami makin maju dan subur walaupun tidak ditaburi baja subsidi dari kerajaan. Papaya kami diambil benihnya daripada superhero yang semakin meningkat naik iaitu En. Pepaya. Setelah memakan papaya dan bertukar menjadi kuat, En Pepaya telah menghadiahkan kami sisa buah papayanya untuk diambil biji seterusnya disemai dan ditanam di perkaranganh kebun kami. Terima kasih En Pepaya.
Cili kami pula disumbangkan khas oleh En Azley Suhairey. Menurut beliau, cili ini diambilnya dari negara matahari terbit sewaktu kunjungan beliau ke sana kerana menyertai pertandingan Ninja Warrior di kaki Gunung Midoriyama dua tahun yang lalu. Benih ini dicuri oleh beliau sewaktu melalui halaman rumah Cikgu Sakura iaitu Guru Kelas kepada Hagemaru Hakeda.

Tuesday, February 9, 2010

Mesyuarat Agung PIBG kali ke 20






Mesyuarat Agung PIBG telah diadakan dengan gilang-gemilangnya pada 6 Feb 2010 yang lalu. Ratusan ibu bapa telah meluangkan masa meninggalkan segala pekerjaan, rumah, ternakan dan pembantu rumah mereka demi memeriahkan AGM kali ke 20. Selain ucapan YDP dan Guru Besar mesyuarat kali ini buat pertama kalinya menyelitkan ucapan khas daripada murid Pendidikan Khas. Ucapan beliau yang sangat panjang lebar terpaksa dihentikan kerana melewati masa yang ditetapkan. Semoga PIBG dan guru-guru dapat bekerjasama menggemilangkan sekolah.

Wednesday, February 3, 2010

Boling






2 Februari 2010 seramai 8 orang murid dengan beraninya telah menyertai latihan boling di Sunway Piramid, Bandar Sunway. Murid-murid yang berani ini sangat bertuah kerana mendapat tunjuk ajar khas daripada bekas pemain boling kebangsaan. Segala skill dan teknik telah diperturunkan kepada anak murid kami dan seluruh pemain, penonton, pekerja megalane, guru-guru dan mereka yang berada di pusat beli-belah ini tergamam melihat aksi pelajar kami mempamerkan skil dan teknik yang diubahsuai sendiri oleh mereka. Teknik yang diubahsuai ini bukan sahaja mampu membuahkan strike malahan mampu merobohkan keseluruhan pusat beli belah ini. Wowwww