BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, November 17, 2009

Cikgu-cikgu hebat



Foto di atas tidaklah membayangkan bahawa guru wanita di SS19 tidak hebat, golongan hawa ini lebih hebat malahan kejadian seorang perempuan itu juga benar2 hebat. Masyaallah. Kita bermula dari kiri ke kanan. En. Ahmad Atiqi digelar bapak facebook kerana pengetahuan dan penggunaan yg meluas terhadap facebook. Statistik pada 16 November 2009 oleh pihak facebook yg berpusat di California menunjukkan bahawa 75% pengguna facebook adalah di luar U.S. dan 5% adalah dari Malaysia dan yg hebatnya cikgu Atiqi menguasai sebanyak 89.0987% penggunaan facebook di kalangan rakyat Malaysia. Wowwwwwwww!!!!!!!
Disebelah Atiqi merupakan seorang yang paling tidak hebat di sekolah ini.Namanya sekalipun tidak hebat jika dipamerkan. Beliau hanya melukut ditepi gantang. Ada tidak menambah, tiada tidak mengurangi. Kita lupakan beliau.
En. Azizul, nama besar yang dikenali ramai serata dunia. Cikgu pakar dalam BM dan Matematik, mampu mengajar 2000 jam tanpa henti walau di perhentian bas sekalipun.Pengacara Majlis yg sangat hebat, majlis pengebumian yg sepatutnya sedih pasti jadi sangat meriah dan gilang-gemilang jika diacarakan oleh manusia hebat ini.
Sharul Nizam pakar dalam bidang perkomputeran, cakap sahaja sebarang masalah mengenai komputer pasti diselesaikan secepat kilat, komputer sendiri pun tidak mampu mengatasi kehebatan komputer (otak) beliau. Sepanjang hidupnya telah merepair 9.8 juta buah komputer dan bakal bertambah lagi. sesiapa yg belum mempunyai pc bolehlah mendapatkan pandangan dari beliau ataupun minta beliau buatkan sebuah pc khas untuk anda.
En. Mustaffal adalah storan data bergerak. Segala data penduduk SS19 hatta penjual bunga melur sekalipun ada dalam simpanan beliau. Tarikh lahir, tarikh akhil baligh, tarikh nikah, bilangan anak, bilangan pokok bunga orkid juga dalam data beliau. Bilangan patah perkataan dalam posting ini juga terdapat dalam data beliau.
Ketua Polis SK SS19 iaitu En. Halim mampu bertutur dalam 300 bahasa penduduk Bumi ini. Pakar dalam permainan Bola Baling dan membaling anjing kurap yg melintas di depan rumah agam beliau di SS19.
Berasal dari negara matahari terbit pakar dalam bidang fotografi dan pernah menganggotai kumpulan Fotograf. Baru sahaja memiliki kamera DSLR Nikon D90 yang amat canggih.Mampu mengambil gambar disebarang sudut sukar seperti di celahan letusan lava gunung berapi. Rancangan Time Warp di Discovery Channel sebenarnya meminjam kamera beliau untuk merakam gambar objek yang seterusnya diperlahankan hingga 4000 frame per second. Memiliki kereta yang amat laju Nissan Grand Livina Impul. Inilah En. Azley Suhairey Bin Ahmad Suhaimi.
Ustad Padhlie juga orang hebat di SS19 ini. Mampu bertutur dan mengarang puisi Arab yang sangat tinggi kualitinya. Bendahari PIBG terhebat pernah dimiliki oleh sekolah kami. Juga pakar dalam bidang komputer setanding En. Sharul.
En. Fauzi orang paling kuat di SS19, Pakar dalam subjek BM dan jurulatih Pusat Kokurikulum negeri yang beroperasi di Kem Tekali. Pernah ditawarkan sebagai jurulatih Utama di Kem Delta 1 di Guantanamo Bay.
En. Malik tiada dalam gambar adalah pakar dalam Yahoo Messenger, ketika gambar diambil beliau sedang YM dengan saudaranya di Huambo Angola.

Sunday, November 15, 2009

Hari Aerobikthon SK SS19 Subang Jaya






Aerobikthon telah berlalu dengan jayanya dan cemerlang sekali. Penglibatan dan sumbangan dari pihak guru, kakitangan dan ibu bapa sangat memberangsangkan dalam menjayakan program ini.

Monday, November 9, 2009

Akhirnya kembali



Setelah hampir dua bulan Mohd Nizam tidak hadir ke sekolah kini beliau berjaya menjumpai semula jalan kembali ke sekolah itupun dengan bantuan alat GPS yang dijumpainya di dalam longkang berhampiran restoran cina di USJ9. Ramai yang menyangka Mohd Nizam tersesat jalan atau disorok oleh makhluk halus Bunian seperti dalam cerita Sumpah Bunian yang hangat ditayangkan di TV3. Alhamdulillah kini beliau telah kembali menghiburkan kami disini.

Thursday, November 5, 2009

Selamat Harijadi





Selamat Harijadi khas buat Pn. Siti Hawa. Sekali imbas Pn. Siti Hawa nampak baya belasan tahun, masih hingusan dan boleh ditipu dan dipermainkan dengan mudahnya, namun hakikat sebenarnya Pn. Siti Hawa sudah hidup di planet Bumi selama 10950 hari bersamaan 262800 jam, memerhatikan terbit dan terbenamnya matahari sebanyak 5475 kali, memerhatikan kejadian malam sebanyak 5475 kali, makan sebanyak 398567kg nasi, minum 96597567 liter air, jatuh basikal 18 kali dan hanya sekali melahirkan anak. Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki.

Tuesday, November 3, 2009

Hari Kanak-kanak dan Sambutan Hari Lahir







3 Nov 09 telah meninggalkan kita dan sambutan Hari Kanak-kanak kini hanya memori indah buat kita semua hinggalah kita hilang ingatan atau meninggal dunia. Sambutan yang dirancang rapi oleh pihak sekolah membuahkan kejayaan dan kegemilangan perayaan Hari Kanak-kanak pada tahun ini. Persembahan magic show dari Sporty Clown amat menghiburkan hinggakan seluruh warga sekolah tertawa terutamanya Pn Siti Hawa. Tidak kurang hebatnya persembahan dari Ronald Mc Donald yang didatangkan khas dari California U.S. sungguhpun sibuk menjual burger di sana tapi sanggup meluangkan masa meraikan pelajar S.K. SS19 Subang Jaya.
Sambutan Harijadi Pendidikan Khas kali ini adalah nuntuk meraikan pelajar, PPM dan guru yang lahir pada Sept,Okt,Nov dan Disember. Pelajar amat terhibur dengan permainan yang mengerah kekuatan fizikal dan mental mereka mencari barang tersembunyi, musical chair dll. Sambutan kali ini amat istimewa dengan kehadiran artis terkenal tanah air iaitu Pn. Zarina Zainudin,yang menambah ceria majlis kami. Terima kasih juga kepada ibu Waseem, ibu Jishnu,ibu Ong Xao Min dan ibu Maisarah yang sudi datang memeriahkan majlis dan menyumbang makanan yang amat lazat hingga kini terngiang-ngiang keenakannya dan masih kekal kenyang hingga saat ini.